Pendidikan Khas?? apa itu?? Sbnrnya Pddkn Khas ini merupakan pendidikan untuk kanak2 atau individu yang mempunyai kelainan upaya berbanding kanak2 normal. Namun begitu, bagi saya mereka ini sangat istmwa. Saya akui bahawa sebelum ini saya langsung tidak tahu apa itu "penidikan khas" sebelum saya melangkah ke dalam dunia pendidikan. Walaupun saya masih seorang guru pelatih yang belum cukup ilmu di dada untuk bercakap ttg perkara ini, namun saya tetap mempunyai semangat yang tinggi untuk membantu kanak-kanak khas ini. Saya juga akui bahawa sebelum ini saya langsung tidak minat untuk menjadi guru apatah lagi menjadi seorang guru pendidikan khas namun bak kata orang minat itu boleh dipupuk dan setiap orang boleh memupuk cintanya terhadap sesuatu sehingga seseorang itu boleh mencintai sesuatu yang mereka tidak suka. Hal ini demikian kerana saya percaya bahawa setiap manusia ada potensi untuk berubah.
Cita-cita untuk menjadi seorang guru merupakan pilahan terakhir bagi saya sejak saya berada di bangku sekolah lagi. Sejak awal lagi saya tidak suka dengan profesion ini. Namun sekarang, perasaan tidak suka itu sudah bertukar menjadi satu perasaan yang paling berharga dalam diri saya sebagai seorang yang bergelar guru.
"Proud To Be Teacher !!"
No comments:
Post a Comment