Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 9 April 2011

~Karya SaYa~



Tajuk Cerpen : "Berakhir Luka" oleh Christer Ritter Badon

          Sudah setahun lebih aku dan isteriku mendirikan rumah tangga. Namun isteriku tidak pernah bahagia dengan hubungan yang kami jalinkan selama ini. Hal ini kerana, aku tidak mampu menghadiakan cahaya mata kepadanya. Isteriku Vina sangat menginginkan cahaya mata sebagai lambang percintaan kami sebagai suami isteri, namun apakan daya aku gagal memenuhi impiannya kerana aku mandul.
          Menurut doktor pakar yang aku temui, aku mengalami masalah ketidaksuburan kerana terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan kesihatanku. Walaupun pelbagai cara dan kaedah yang telah kami cuba lakukan namun kami masih gagal untuk mendapatkan anak. Semakin hari semakin jelas perubahan yang aku boleh lihat melalui perubahan watak dan cara layanan isteriku terhadap aku. Senyuman yang dahulunya manis kini bertukar menjadi sengatan dalam hatiku. Aku bekerja sebagai seorang guru manakala isteriku pula tidak bekerja. Isteriku sering keluar rumah pada waktu malam tanpa pengetahuan aku. Pernah sekali, isteriku meninggikan suaranya semasa aku bertanya ke mana dia pergi ketika lewat malam begini. Tepat pukul 10.00 malam, ketika aku sedang menonton televisyen isteriku pulang rumah.
tok tok tok!!!” Pintu yang diketuk sangat kuat.
           Isteriku pulang rumah dengan mimik muka yang dingin. Tanpa membuang masa aku terus membukakan pintu. Dengan hati yang penuh risau aku lantas berdiri dan menuju kearah pintu. Belum sempat aku berbicara, sekali lagi isteriku meninggikan suara kepadaku pada malam itu.
“Lambat betul!!Habis basah bajuku menunggu kau bukakan pintu ni!
“Kenapa kau lambat pulang hari ini?” Aku bertanya.
“Yang kau sibuk jaga tepi kain orang ini kenapa?” jawab isteriku dengan nada suara yang tinggi.
            Aku tetap bersabar dengan tingkah laku isteriku yang sudah berubah menjadi dingin sejak kebelakangan ini. Aku tertunduk dan berpaling, lalu aku masuk ke dalam kamar untuk tidur. Ketika isteriku sedang mandi, telefon bimbitnya berbunyi. Kemudian aku pun terus mengambil telefon bimbitnya. Aku mendapati bahawa satu panggilan tidak dijawab. Aku memeriksa peti masuk dalam telefon bimbitnya. Aku mendapati bahawa ada pesanan ringkas daripada seorang jejaka,  “jangan lupa minta duit banyak-banyak daripada suami kau”, dan sejurus selepas itu, telefon bimbit isteriku kembali berdering menandakan ada panggilan daripada seseorang. Aku dengan segera menyambut panggilan tersebut.
hello, ini siapa?” Aku bertanya.
“Ini teman lelaki Vina, boleh saya bercakap dengan dia sekejap?” Jawab seorang lelaki yang berada di hujung talian. Aku tersentak sejurus mendengar kata-kata daripada lelaki tadi.
            “Tidak mungkin,” hatiku berbisik seolah-olah tidak percaya akan kata-kata keramat yang telah diujarkan oleh lelaki tadi. Orang yang menghantar pesanan ringkas dan membuat panggilan tadi adalah orang yang sama.  Aku dengan pantas mematikan telefon bimbit tersebut dan menyimpannya ke dalam beg tangannya.
            Beberapa minit kemudian, isteriku telah pun selesai mandi. Dia dengan segera masuk ke ruangan bilik tidur kami dan terus membaringkan dirinya di katil kami yang empuk. Sangkaanku mungkin disebabkan dia terlalu penat. Aku sudah bertekad untuk merahsiakan perkara tadi walaupun hati ini terpaksa menahan luka di dada seperti dihiris pisau yang tajam. Aku membiarkan isteriku tidur tanpa berkata apa-apa. Aku masih tidak percaya tentang kata-kata lelaki dalam telefon itu tadi, lalu aku berdoa dan meminta kekuatan daripada Tuhan.
***************
            Keesokan harinya, isteriku bangun awal pada hari ini sedangkan hari ini adalah hari sabtu. Isteriku meminta wang yang banyak daripada aku kali ini, lantas aku teringatkan pesanan ringkas dalam telefon bimbitnya semalam. Namun, aku tidak mampu berbuat apa-apa selain memberikan wang kepadanya kerana aku tahu bahawa itu adalah tanggungjawabku sebagai seorang suami.
“Vina, mana kau nak pergi?”
“Aku nak keluar sekejap, jumpa kawan..” Pantas isteriku menjawab.
“Pukul berapa kamu pulang?” Aku bertanya sambil tangan kananku  memegang telinga pintu rumah.
“Ermm, rasanya tak pasti lagi mungkin malam kot.”
“Kenapa pulang lewat sangat?”
“Berapa kali aku nak cakap dengan kau ni, jangan kau sibuk tentang aku. Boleh tak??”
“Bukan apa, aku…aku..aku cuma nak tahu saja sebab aku suami kau, ok belanja dia baik-baik ek.” Ujarku dengan tenang. Lalu isteriku wajah isteriku bertukar kehairanan. Aku terdiam dan tertunduk takut. Aku tidak berani sama sekali melawan isteriku sebab aku sangat sayang terhadapnya, aku takut sekali akan kehilangannya. Sejurus selepas itu, isteriku pun meninggalkan rumah.
***************
            Tepat pukul 10 malam, isteriku belum pulang rumah lagi. Degup jantungku semakin kencang mungkin kerana  aku risau akan keselamatan isteriku. Beberapa minit kemudian, isteriku pulang dan aku terdengar suara lelaki bercakap dengannya di luar. Sebaik sahaja dia melangkah di daun pintu itu, aku terus mengapai tangan dan memeluknya dengan erat. Sedang aku memeluk isteriku, air mataku mengalir. Isteriku tergamam sejenak lalu bertanya,
“Kenapa menangis?”
Kenapa kau sanggap lakukan ini semua terhadapku? Apa dosaku? Padahal selama ini aku sudah banyak berkorban demi kau.” Isteriku terdiam.
“Kalau hubungan kamu sudah sampai pada tahap serius, aku rela lepas tangan.” Ujarku.
            Pada saat itu, isteriku berlutut di hadapan ku, dia menangis dan menceritakan hal yang sebenar.
“Aku minta maaf, sebenarnya aku sudah lama tipu kau, aku mahukan anak sebenarnya. Tapi kau tidak mampu bagi aku anak. Sebab itu aku curang terhadap kau.” Jelas isteriku.
            Aku terdiam dan air mata aku terus mengalir. Isteriku tiba-tiba melepaskan tanganku dan masuk ke bilik untuk mengambil sesuatu. Seminit berlalu, isteriku pun kembali menghadap aku dengan wajah yang sayu. Aku melihat sehelai kertas dihulurkan oleh isteriku kepada aku lalu berkata,
“kalau aku terus bersama dengan kau pun aku tetap akan bersama dia, jadi ada baiknya jika kita bercerai saja.” Isteriku meminta aku menandatangani surat cerai yang telah dia ambil tadi.”
            Tanpa berfikir panjang aku pun menurunkan tandatangan kerana aku merasakan ini merupakan pilihan yang terbaik untuknya. Selepas aku selesai menurunkan tandatangan maka pada saat itulah kami dengan sah bercerai sepenuhnya. Isteriku keluar dari rumah dan tinggalkan aku pada malam itu juga.
***************
            Semingu selepas bercerai, aku menerima kad jemputan kahwin daripada bekas isteriku. Aku berjanji kepada diriku bahawa aku mesti hadir ke majlis perkahwinan itu. Semasa majlis perkahwinan tersebut berlangsung, aku bersemuka dengan keluarga isteriku, namun mereka langsung tidak melayan kehadiranku.
            Beberapa tahun kemudian, bekas isteriku dan suaminya sudah mendapat cahaya mata yang selama ini diimpi-impikan olehnya. Selama aku hidup bersendirian, terdapat ramai wanita yang cuba memikat hati aku. Namun aku berkata kepada mereka “Aku belum bersedia untuk menerima cinta”.
            Pada satu hari, aku mendengar khabar bahawa bekas isteriku sakit dan aku datang melawatnya. Bekas isteriku berasa senang sangat dengan kehadiran ku. Dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa selain aku. Aku menghampirinya dan berkata,
“kau apa khabar?”
“Aku baik-baik saja.” Sambil tertunduk malu.
“kau da ada pendamping baru ke?”
“Belum. Aku belum bersedia, mungkin aku masih tunggu masa yang sesuai.” Kata-kata ini sajalah yang mampu aku ungkapkan kepadanya.
***************
            Seperti hari-hari biasa, aku sering datang untuk melawat bekas isteriku kerana ini adalah atas permintaannya untuk terus menemaninya selagi dia masih di hospital. Hal ini kerana bagi isteriku, aku saja yang mampu membuatkannya berasa tenang dan mampu memahaminya.
“Suami kau tak marah ke aku selalu datang jaga kau sini?”
“Aku tak kesah kalau dia marah atau tidak sekali pun, sebab…”
“Sebab apa vina?”
“Sebab, sekarang aku da sedar di mana silapku. Aku kesal dengan tindakan bodoh ku dulu. Aku sedar bahawa tiada kebahagiaan tanpa cinta…” Wajah Vina kelihatan sangat sedih dan matanya mula berkaca.
“Maksud kau?” Aku  keliru.
“Aku tidak mencintainya, aku cuma mencintai kau seorang saja…tolong jangan tinggalkan aku selagi aku masih mampu bernafas. Aku mahu menghembuskan nafas terakhirku di samping kau…” Jelas Vina.
            Tanpa dia sedari, aku secara diam-diam berjumpa dengan suaminya dan meminta kebenaran untuk menjaganya sehingga dia sembuh. Kerana kasihku yang amat dalam terhadap isteriku dahulu, aku menjaganya semasa aku mempunyai masa terluang. Namun, aku sedar siapa diriku dan aku sering menjaga batasku sebagai bekas suami ketika menjaganya.
            Setelah beberapa bulan kemudian, penyakitnya semakin menjadi-jadi dan terpaksa menjalani pembedahan segera. Sebelum menjalani pembedahan tersebut, bekas isteriku telah memegang tanganku dan meminta agar aku memaafkan dirinya. Pada saat itu, ego ku hilang dalam diriku. Dengan hati yang begitu sedih, air jernih mengalir melalui mataku dan bercucuran jatuh ke bumi. Aku menangis tanpa mempedulikan orang di sekelilingku. Dengan kos pembedahan yang terlalu tinggi, suaminya meminta aku untuk membantunya membayar kos pembedahan itu.
Sejam kemudian, sekujur tubuh yang dibaluti kain berwarna putih keluar disusuli oleh beberapa orang jururawat dan doktor melalui bilik pembedahan tersebut.  Aku menangis sambil melihat jenazah bekas isteriku dipindahkan ke bilik mayat. Saat itu, ku rasakan bahawa masa terhenti seketika diiringi dengan tangisan yang memilukan.

-TAMAT-







1 comment:

  1. excellent...jlan crta yg bgus.sbb x bnyak pnulis lelaki dpt mnulis crta yg bgtu mnyentuh ht...great job..i like your story...

    ReplyDelete